YES.

..Assalamualaikum..
..Annyeonghaseyo..

YES..
ada apa dengan yes?
Jangan salah faham tau. Bukan yes as for ya tu.
YES as Year End Sale.

Waaaaaaaaa.. SHOPPING!!
Okey kalau duit beribu memang syiok la kan?

Dah tu ieja tau takde duit still shopping jugak.
Huhu. Nak buat macam mana. Isk3. 
Tapi takpe la at least barang-barang tu tahan lama okay la.

Ieja hang out dengan chingu from my high school.
Where?
Ala..tak pergi jauh pon. Sunway je.

Dalam otak dah list dah few things yang nak beli.

1. White blouse.
2. School bag
3. Shoes/sandal

1. White blouse tu nak beli coz takde baju nak sesuaikan 
dengan my new red button skirt yang beli dekat campus hari tu.
Lagi pon memang tak pernah ade white blouse pon. 

2. School bag. why school bag? even ieja dah jadi student university? Haa.itu la
yang korang tak tahu. Buku banyak sangat. My new bag pon dah putus talinya. =.='

3. Shoes/sandal. I need a new one than can stay longer with me. My red flat almost wear out.
Something comfortable and simple. That's all =D

Aha..the most important one. I forgot to mention, went to make a new spec.
With the help from my lovely friends. I manage to get a new one with FULL FRAME..
WHOA!!! (a really big whoa there) It's my 1st time to wear full frame. Kekeke.
BTW the spec is not with me yet. She said (Focus Point worker) she needs to order my lens 1st.
The earlier I can get is on this coming Friday.

I think we took about 3 or 4 times to look around on each floor.. Hahaha.
At last I got 1 white blouse, a school bag and a pair of shoes.
Still I got to much trouble to decide which one to buy.
The PRICE!! I got too much trouble with the price. Especially for the shoes.
But I will think this shopping as my brilliant investment. 



My blouse somehow similar to this


my shoes is something like this with different material and colour.
Can you imagine that?

For my bag. I can't find any picture close to it. That's all yang ieja nak cerita kali ni.



Lots of <3,
ieja.

May ALLAH bless us. ALWAYS =D




Lee Seung Gi.

..Assalamualaikum..
..Annyeonhaseyo..

Ehem..ehem..dengar tak?
Kalau tak tu tunggu dulu load page ni.
Dengar tak lagu baru yang ieja letak kat belog ni?

Sedap kan? Before this lagu Hurt from Ali a korean singer.
Yang kali ni pon korean singer jugak tapi Lee Seung Gi.

Haa..ieja nak cerita pasal seung gi oppa la ni.
Alkisahnya terminat pulak dekat penyanyi pelakon dan juga MC dari korea ni.

This year lee seung gi ada berlakon dalam drama yang hot sangat.
THE KING 2 HEARTS.
Okay yang mana rasa belom tengok lagi drama ni sila-silakan diri.
Drama ni sangat best and lain dari yang lain.

Kisah tentang pewaris takhta Korea Selatan yang sangat spoil.
Terpaksa mewarisi takhta tu secara mengejut selepas abang beliau mangkat dibunuh.
Then dalam cerita ni ada tentang pertelingkahan Korea Selatan & Utara.
So, nak tahu lebih lanjut tengok la sendiri..hehehe.

Okey berbalik kepada Seung Gi.







Name is Lee Seung Gi.

Dilahirkan pada 13th January 1987.

Asset penting beliau are his sincere smile and the small dimple come with it.

Dah ceburi bidang hiburan selama 8 tahun.

Since 2004 when he's only a merely 17 years old school boy.

Sangat terkenal dalam mengacarakan 
variety show seperti Strong Heart and 1 Night 2 Days.

Beliau juga aktif dalam lakonan since 2006 till now.
Few of his drama yang sangat popular :-

1.My Girlfriend Is A Gumiho
2. The King 2 Hearts
3. Brilliant Legacy


 

And few songs yang ieja minat 

Losing My Mind
Will You Marry Me?
Tonight
Return
Love Is Crying
Alone In Love

Dan beliau dah receive banyak awards for his singing, acting and MCing.
more than 20 awards. Hehe.Hebatkan.

Dia jugak seorang yang educated..



Dongkuk University, Bachelor of International Commerce and Administration

Dongkuk University, Master of trade Theory and Finance.

Dongkuk University, Graduate School of Media's Department of Cultural Contents Program.
(Present)




So,boleh dapat moral of story jugak..orang se'busy' dia pon still study.
Kita ni?

JOM STUDY selagi boleh.. =D



Lots of  <3,
ieja.

May ALLAH bless all of us..ALWAYS.

Chukahae..uri dongsaeng.

 ..Assalamualaikum..

..Annyeonghaseyo..


Hari khamis lepas kalau tak silap result PMR @ Peperiksaan Menengah Rendah baru je released.
Uri dongsaeng was one of the PMR candidates this year.
So, this post is written especially to congratulate her and tell her how proud I am.

Eventhough she didn't get all A's. 
It's enough to say she's have done so much effort to receives much better than this. 
But rezeki semua di tangan ALLAH kan?
So, sekarang rezeki dia hanya 7A&1B. 

After all we've gone through this year 
it is really fascinated how You could help yourself to study.

 
So chah..Chukahae..chongmal chukahandago.

Keep up the good work.
Till then..we'll see your SPM result after this.. =D





Lots of love <3,
ieja

May ALLAH bless us..ALL..always.

Sayang Kamu.

..Assalamualaikum..

Fuuhhhh..fuuuhhhh..ffuuhhhh...
Amboi sampai muncung mulut dok tiup-tiup blog ni.
Berhabuk la katakan..


Nothing to share just want to ask all of you to pray for my brother's well-being.
I've been worried about him. 

Man kak ieja nak man tau macam mana pon man dulu. 
Man still adik kak ieja. Kak ieja sayang man.
Mak, abah, kak cah, kak ana, ayep and aten sayang man.
Sebab tu kami marah man.
Kami sayang man.

Kak ieja mintak man jangan bagi abah dengan mak susah hati dah.
Kesian mak. Man tak kesian kat mak? Abah pon. Nampak ja abah garang
tapi abah pon sayang man kalau tak mana dia nak hantaq man belajaq semua.
Abah cuma tak reti nak tunjuk ja.

Kak ieja kadang-kadang rasa macam dah tak kenal man.
Mana adik kak ieja dulu?
Man kalau nak buat apa ingat ALLAH.
Ingat mak abah.
Memang mak abah pon ada buat salah tapi kita pon tak semua betul kan?

Man kena ingat apa pun yang man dah pernah buat
janji man dah tak mau buat dan insaf
kami semua maafkan man.
Kak ieja tak pernah malu ada man jadi adik kak ieja.
Ingat tu. 
Man jangan pernah tinggal solat.
Itu ja nak tolong kita elak dari buat jahat.
Kak ieja pun tak baik.
Tapi kak ieja nak kita semua satu family try ubah semua tu.
Doa man..doa semoga tak dak apa yang jahat ganggu kita.

Kak ieja harap man tak marah kami semua.
Kami buat untuk man jugak.
Harap lepas ni man faham.


KAMI SEMUA SAYANG MAN.







Lots o love,
~ieja~

May ALLAH bless us =D


Kenapa?? Why??

..Assalamualaikum..

Just nak habiskan masa pagi-pagi yang tak berapa celik ni..(buta la.)
Hmm..tiba-tiba terlintas cerita zaman dolu-dolu..
Budak-budak..hahahaha..

Kenapa?
Ieja selalu suka or tersuka or terminat orang yang tak sepatutnya.
Bukan la bad boys that sort of kind..
Just with the one yang tak pernah sense my presence.

Memang la suka tu tak semestinya love kan?
Adoi nak sebut 'love' tu pon make me feel sick.
Hehehe..Macam tak patut je.
Macam geli-geli je..Hahaha.

Kadang-kadang saja teradmirer la. Apa la.
Tapi kadang kala ada jugak rasa sedih tu.
Rasa invisible je.

Or..
maybe because of my personalities?
Too cheerful or happy maybe.
Talkative that annoyed them?
Load with arguments? I mean about what I thought of something maybe?

Tapi pernah sekali je ieja cakap dekat sorang tu je.
Not directly. I knew he understood me.
But thats it. Maybe he thought I'm just a laughing stock.
And he just dissapeared like that without a reason.

Benda paling ieja nak avoid after telling somenone that i like him is..
Dia menjauhkan diri daripada ieja.
Just tell me you don't like me. 
And I'll accept it as it is.




p/s: now i do like somebody.but i will never tell him about it.FULL STOP.




May ALLAH bless us ALWAYS.. 

Lots of love,
..ieja..

ARAU..i'm going to meet u soon.. =D

Assalamualaikum..

Salam jumaat yang penuh barakah.

Another week to go before..
For what? New sem of course.

I AM really excited..too much that i can't even describe.

Sebab apa ieja excited sangat.

1st

Mesti la sebab dah bosan tahap teragigamega kat rumah ni.
At least kat campus ada jugak kerja nak mem'busy'kan diri. Tambah ilmu. Cewahh.. =P
Ada je orang nak bising-bising sekali..hehe..

2nd

Excited nak jumpa subjek baru. Waahh..macam mana la ye?
CSC, QMT and phy bio chm part 4 ni..
Tapi dengar kate phy part 4 paling senang antara sem-sem lain.
Tak tahu la..just wait and?...of course la study hahaha..jangan dok see saje.

3rd

RINDU.. 
parah..parah..ieja rindu sape pulak ni?
Mesti la..sayang-sayang saya dalam ASDABn..
Diorang la penghibur duka lara ieja time dekat sana..
Huhu..Thanx for everything dearies..
And of course i miss all yang ada dekat campus tu..kelas paper2 notes2..huhu

4rd

Azam baru..doa ieja boleh buat ye..
Kena usaha banyak.banyak.banyak.banyak.banyak.sangat.
Jangan main-main jangan lalai.
Dekatkan dengan ALLAH..
Dhuha banyak-banyak
Puasa sunat selalu.
Paling penting jangan lupa doa, ikhlas tawakal ye ieja. Penting tu.






may ALLAH bless all of us..ALWAYS..



Palestin Gaza bukan isu baru..

Assalamualaikum.. Salam hormat.
Salam mengingati saudara mara kita di GAZA.

Rasanya tak perlulah diwar-warkan lagi tentang keadaan semua umat Islam di Palestin dan Gaza.
Ieja rasa semuanya dah awarekan apa yang berlaku sekarang ni?

Ianya bukan setakat pertumpahan darah 
malah seperti melakukan pesta penyembelihan saudara kita secara beramai-ramai.

Tidak mahu menunding jari kearah mana-mana pihak 
kerana jikalau kita semua sedar 1 jari yang ditunding 
akan kembali 4 jari ke arah kita.

Hanya mahu bertanya dan menguji rasa rasional difikiran, benak, minda dan hati masing-masing yang ieja rasa sudah tentunya boleh berfikir dengan waras bukan?

Apa peranan United Nation?
Dapat dicerna apa yang ieja akan katakan sekarang? 
Secara amnya peranan UN adalah untuk mengelakkan pertikaian yang hebat, menegaskan HAK ASASI MANUSIA yang utama, menjamin rasa HORMAT undang-undang antarabangsa, serta MEMPERBAIKI taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
 Soalnya sekarang dimana semua itu. Ieja pernah terdengar tentang konflik penyertaan Palestin ke dalam UN ataupun juga dikenali sebagai PBB.

Jika dilihat kembali secara terperincinya 
tiada apa-apa usaha yang dilakukan oleh UN aka PBB ini untuk menghentikan semua itu. 


Apa yang berada di Palestin itu bukan manusiakah sehingga tidak ditegakkan hak-hak mereka.

Apa Israel itu tidak melanggar undang-undang antarabangsa? 
Atau mereka yang menggubal undang-undangnya?

Kerana apa? 

Kuatnya PBB itu adalah dari kuasa para Yahudi yang makin galak membunuh semua umat Islam
maka tidak sedikit pun 
kesalahan Yahudi laknatullah ini dilihat 
malah ingin dipejam serapat-rapatnya mata 
untuk tidak melihat 
dan menafikan kesemua kekejaman mereka itu.

Maka perlukah lagi kita mengharapkan mereka diluar sana yang menolong saudara kita?
Mengapa tidak kita sendiri? 
Mengapa masih perlu mengemis pertolongan dari mereka yang jelasnya tidak akan menolong?

Bagaimana?
Tiadalah mampu kita untuk menyediakan bala tentera atau alatan perang. Jadi..

Pintalah kepada yang Maha Esa..Yang Maha Berkuasa.
ALLAH Yang Satu.
Hanya DIA dapat menolong kita.

Walaupun barang sepotong doa. 
Walaupun hanya berkata 

"Ya ALLAH bantulah saudara se-Islamku di Palestin dan Gaza. 
Hancurkanlah tentera Yahudi laknatullah"

InsyaALLAH jika ikhlas pasti diterima.

Doa kita kekuatan mereka disana.

Maka janganlah dibiasakan diri 
membenci menghina mengutuk kaum dan agama sendiri seperti yang
galak dilakukan oleh segelintir manusia.. 
Mengeji yang tidak memboikot. 
Menggelarkan kolot pada yang memboikot. 
Akhirnya yang bersorak riang hanyalah musuh kita Si Laknatullah.

Tetapi bersyukurlah yang mana pergi ke McD hari ini pulang dengan kenyang dan selamat.
Kerana andai saat ketika sedang makan itu ALLAH mencabut nyawa anda.

Apa yang akan dijawab 
jika ditanya tentang usaha yang dilakukan oleh anda
 untuk membantu saudara yang dibunuh dan diseksa oleh kaum Yahudi itu?

Ieja pun hanya mampu mengucap syukur 
kerana dikawasan ieja tiada McD yang berhampiran.

Mungkin jika ada ieja boleh jadi salah seorang dari anda yang beratur panjang itu?


Diuji iman kita hanya denga sebiji benjo. Tak ramai yang berjaya.
Moga ALLAH tambahkan dan kuatkan iman kita setiap hari.

Tiada senjata yang paling kuat kepada seorang mukmin itu kecuali DOAnya.


p/s: InsyaALLAH ieja nak try boikot 5 main product Israel McD, L'oreal, Nestle, Coke and Nokia 
kalau ada duit beli phone lain


Jangan la dok boikot McD tapi kat mulut tu still Dunhill ke Benson ke..=.='


Yang tak boikot mungkin ada cara lain untuk tolong saudara kita di sana..klik sini


May ALLAH bless ALL of us..ALWAYS

..Visit Korea..

..Assalamualaikum..

..Salam di akhir bulan Oktober 2012 ini..

Have nothing to share actually.
Dah bila bohsan tahap la tak ingat kat rumah ni..
Berbekalkan broadband yang ala-ala aci semput mati-hidup-tak-mau ni..
So,ieja sensaja la google pasal trip to KOREA..
Weee...bestkan?

Ieja actuallynya teringin nak ke sana by backpackers.
Baru thrill gitu..cewahh..
And takdela terikat dgn schedule kalau ikut travel agency.
Tapi takut abah tak kasi la pulak..Haishh..

Ieja pon takde la rancang nak pergi dalam waktu terdekat ni.
Study lagi so nak korek duit kat mana ye tak?
Kena kumpul pelan-pelan la jugak.
Tadi tengah-tengah survey tu..
Terserempak dengan satu blog ni..

UNTUNG betul.
Blogger ni & kengkawan dia dapat tiket free pergi concert kat KOREA..
Dah la VIP seat..perghh..

Based on apa yang ieja dapat dari research ieja ni..

1. Korea susah nak dapat makanan halal tapi ada option untuk vege and seafood ganti daging..Should be no problem rite?

2. Adalah penting untuk ADA contact number Malaysia Ambassy kat sana.

3. Rancang perjalanan adalah something yang sangat bijak untuk manage duit and masa.

4. Better beli T-money untuk memudahkan perjalanan

5. Time shopping better la guna English or better know a little bit Korean; it is forbidden to use Japanese even if you knew it. 

6. Tempat shopping yang best; Namdaemun Market, Myeongdong.

7. Itaewon tempat yang senang cari makanan HALAL.

8. Make sure bawa baju yang bersesuaian ikut musim. 
Cth; winter: Coat/jacket.

9. Tempat best untuk sight-seeing; 
63 Building, Namsan Tower, Yeouido Park, Nami Island, Lotte World, Jejudo & banyak lagi.

10. Bawa duit yang mencukupi jika anda seorang kaki shopping. =D





Namdaemun Market


Yeouido Park

Myeongdong (You're beautiful)

Nami Island (winter sonata)


Lotte World (Running Man)

Jejudo/ Jeju Island

Jeju Lighthouse filming for Heartstring & Postman to Heaven

Namsan Tower (WGM KHUNTORIA)



Han River Cruise


Hangang Firework

link berkaitan; 

Actually Korea is the best choice for holiday. ENJOY yourself..=D

p/s: doa ieja dapat pergi korea cepat-cepat..=P


May ALLAH bless..ALL of us..ALWAYS


Salam Aidiladha =D

..ASSALAMUALAIKUM..

..Salam pagi Aidiladha yang penuh barakah ini..
  


Sayu dengar takbir pagi tadi..apalagi bila direct dari sebelah rumah.
Syukur masih berpeluang menyambut dan mendapat nikmat menyambut bersama keluarga.
Walaupun kala ini,kakak tengah sedap proses air liur basi.
Hahaha. 
Jangan salah faham tengah qada' tidur tu tadi 3 pagi baru sampai dari Johor.
Tiada apa yang lain bagi ieja untuk Aidiladha kali ini.
Mungkin sebab mood cuti sama so takde la perasaan excited nak balik dari kampus tu.
Sebab dah memang ada dekat rumah pon.

And takde lah nak balik ke kampung or so 
sebab kampung ku rumah ku. 
Macam tak thrill la sikit. 
Itu la orang cakap kalau nak ada pengalaman tu (balik kampung jauh)
Cari la orang jauh-jauh sikit..Hahaha.
Haih apela dok merepek ni ieja ooii..

Sedih pulak tengok post kawan-kawan dekat FB.. 
yang tak dapat balik kampung.lagi la sedih.
Ada yang sebab exam minggu depan so dikorbankan masa bersama keluarga itu untuk study.
Alhamdulillah..semoga ALLAH membalasnya..=D

Ada yang disebabkan terlalu jauh 
tambah lagi dengan cuti yang terlalu singkat. Tak boleh nak buat apalah kan?
Yang paling best kalau study dekat Kuching.
And paling sadis kalau dah memang rancang nak balik,
Tapi tiket sold out..takde rezeki la tu gamaknya..=')

Yang berada di luar negara,usah di cakap la sedih tu ye.
InsyaALLAH ada habuan untuk anda di hadapan nanti.

Dan diantara semua pengorbanan itu.. 
tiadalah dapat dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam
yang diuji ALLAH Subhanhuwata'ala 
untuk menyembelih anaknya sendiri demi menguji mereka.
(Ash-Saffat:102)

Without hesitation keduanya mentaati perintah ALLAH..
lalu ALLAH gantikan seekor kibas untuk mengganti Nabi Ismail yang bakal disembelih.
Ganjaran kepada hamba-Nya yang taat.
Selamatlah Nabi Ismail daripada disembelih.

Jadi mungkin juga ganjaran kepada pengorbanan semua rakanku sekalian,
Kamu bakal diganjarkan dengan nikmat yang tidak disangkakan..InsyaALLAH.


May ALLAH bless..all of us..ALWAYS =D

Lots of <3

~ieja~

Kak Ros & Ieja..Haha

..Assalamualaikum..
Selamat tengah malam.. =D
Ni kenapa tak tidur-tidur lagi ni? Tengok movie? Online?
Ieja? Eyh.dok menulis la ni..actually menaip la..hehehe..


Ieja nak story sikit conversation between my little sis petang tadi..

Menonton tv sambil main kad-kad  yang kena pair-pair 
pastu cakap snap tu..tau tak? *kenapaksa*

Tetiba ada iklan upin-ipin dekat tv tu..
And..suddenly something came out from my sister's mouth..
Yang memang nak buat ieja tergelak..tapi buat muka serius teruk la..

Atin :
"Haa..kak ieja hang sama la macam kak ros..",sambil senyum-senyum.

Ieja : 
"Awat pulak?"
padahal macam dah dapat agak dia nak kata apa.

Atin :
"Hang garang macam dia la..mandi hujan tak boleh yang nu tak boleh"

Ieja : 
"Haa..la kalau demam aku jugak kena jaga"

Atin : 
"Hang marah lepas tu mintak tolong"

Ieja : 
"Mintak tolong apa? Aku suruh hang kemas baju hang ja, elok sikit nah."

Atin :
"Tapi aku macam upin dengan ipin.suka lari..aku pon lari tak buat..Hahaha"

Ieja : 
"Elok la dok ambik yang tak-tak elok tu. Bukan nak ikut dia rajin solat ka apa ka"

Atin : 
"Okay-okay"

Takut kena marah la tu..Hahaha
Ada ke sama dengan kak ros?
Haa elok la dia macam si upin ipin tu..
Macam-macam.


ni si atin tu..belakang dia ayep..belakang lagi tu abah =D
ieja??err..kak ros?    


Dia takde kawan ieja disuruh main pulak..=.='

May ALLAH bless..all of us..ALWAYS..

lots of <3
ieja

Malam itu..dan esoknya

..Assalamualaikum..

Amacam hari korang semua? Ok..ke KO?

Alhamdulillah..hari ni okay2 je macam biasa.

Merujuk perkara diatas, yakni tajuk..ape yang 

korang engat ieja nak tulis kat sini? 

Rasanya kalu yang jenis feeling2 sikit tu mesti engat

ieja nak cerita something yang macam novel2 tu..

cewah..tajuk giler fancy gitu..hahak.

#mai dah gedik dia..=.='


Takdenye ieja nak cerita macam novel 2 tu..


 .....

Malam itu..

Sharp pukul 8.30 malam semalam ieja ada test CALCULUS.

Plus quiz.Duration: 1hour and 30minutes.

Few minutes berlalu...

Krik..krik..garu2 kepala.. Adoi la nak jawab apa.

Sedih sangat.

Asal maths je, mesti jam, crammed dan seangkatan dengannya.

Apa nak jadi ni ieja? Every sem macam ni.

Cita-cita tinggi melayut. 

Tapi memanjat untuk mencapai tu idak le kamu mau.

Ate bile nak tercapainye. Berangan aje le..


Yang bercitanye hendak kan ini..ni yang kat bawah ni.



usehenye mane..?ieja...mane2?=.='


Itulah doakan ieja tabah and dapat usaha lebih ye?

huhuk..takut kot dah nak final.



p/s: ieja write this before final..lupa nak publish pulak..=P


May ALLAH bless..all of us..ALWAYS..=D

 
Nothing and Everything Blog Design by Ipietoon