RESULTKU yang COMEL..

..Assalamualaikum.. 
Annyeong..


Hari ni ieja nak cakap pasal RESULT yang keluar kelmarin di sebabkan line internet slow so tak dapatlah nak update terus pasal result ni.
Memang result kali ni tak disangka-sangka. 
Okay memang la ieja tak power sungguh-sungguh maths tu tapi tak sangka akan dapat gred 'tu'. 
Adoi la.

Kalau nak kata tak sedih langsung-langsung tu bohong la. 
Memang sedih takde orang boleh rasa kalau bukan di tempat kita kan? 
Tapi ieja dah decide ieja tak boleh sedih lama-lama. Kena move on. 
Kena fikir macam mana nak bagi naik balik pointer. 
Yang paling sedihnya BIOLOGI kesayangan tu dapat  B-!!!

Haih..yang tak boleh percayanya si PHYSIC yang semua orang takut fail tu dapat B- jugak. 
Kira ok la untuk standard ieja yang dapat carry mark entahhapehapentah tu. 
Naik la pada sem lepas.
 Hairannya coz physic ada calculation but bio takde then dapat sama taraf???? WHAT THE??? 
Memang la pointer turun sebab bio and maths coz yang lain maintain. 
Kesian bio, ni rsanya sebab influenced dari carry mark ieja kot. 
Quiz bio ieja patutnya memang tahap senang kacang kuda kacang hijau semua la. 
Masalahnya is ieja CARELESS. 
By the way ALHAMDULILLAH..
BEL si bahasa asing tu maintain..InsyaALLAH ieja try maintain jugak lepas ni. 
Doakan ye ieja dapat maintain BEL and improve subjek lain.

Hmm..hari tu ieja ada tanya senior ieja pasal intersession ni. 
Okay untuk korang yang tak taw intersession ni ape sini ieja cer sikit.
Intersession ni macam extra class la untuk subjek yang kita request tapi kita attend kelas tu time cuti sem.
So sape-sape yang rela nak tinggalkan cuti sem tu boleh la. 
Intersession ni bagi peluang dekat student untuk improve marks subject common dan untuk sesiapa yang repeat untuk elakkan extend sem boleh la selesaikan time intersession ni. 
Tapi..intersession ada tapi jugak taw. 
Non-common subjek macam phy chm bio tu kalau nak buat kena ada demand. 
At least 15 orang kalau kurang tak di approve.
Ieja dah decide insyaALLAH kalau boleh ieja nak buat intersession every sem. 
Nak betulkan marks yang gelong-gelong tu.
Kira ok la kita tumpu satu or beberapa subjek je. Tak la pening sangat kan?

So, apa yang ieja dapat dari result ieja yang GEMPAK sangat tu?
  • Less korean movies and my leasure time.
  • Do earlier preparation for QUIZES TESTS & EXAMS
  • Always revise the topics at the end of the day..A MUST..
  • Closer to ALLAH.Pray for success Now and Hereafter
  • Do A LOT of maths practices
  • ASK 
  • THINK and CAREFULLY answer the question

May ALLAH bless us..=D


CONVOI to Teluk Senangin..stories behind it.. =D part 2

..Assalamualaikum..
Ohio..


Okey hari ni ieja nak post entri pasal yang ieja gi Teluk Senangin hari tu.. Part 2..
Malam tu kitorang ade buat bbq.. Tp semua tu pihak chalet yang uruskan.
Kami semua sempat sembang-sembang sebelum makan tu.
Sedap-sedap makanan malam tu. Ada ayam bakar, kambing my fav, sotong,
nasi semua tu pun ada jugak.Tapi ieja sempat makan sikit je.Coz sebok sangat dok sembang.
teringin nk organized bbq kt umh..hehe


Lagi satu ieja nak bagitaw. Ieja betul-betul kagum dengan pekerja-pekerja
asing kat chalet tu..dari siang sampai lah ke malam
semua keje diorang buat.
Dahsyat2.. Bagus kalau anak-anak muda kita pon determined
macam diorang ni jugak.
 ieja ada juga amek pic sikit-sikit coz malam tu camera ieja di conquer
kawan-kawan adik ieja sebok jadi photographer..hahaha
layan jela..=D


ni some of the pictures..


disebabkan malam...so x nmpak sgt..bkn dslr..ahah

Okay gambar kat atas ni gambar daging2 kambing and ayam yang tengah dibakar.
Nampak tak ada orang pakai baju kuning tu? Tu la pekerja chalet yang ieja cakap rajin tu.
Bagus kan?
Actually nya ieja nak gi tambah makanan tu tapi ada sorang makcik ni, wife kawan abah ieja dok 
bersembang pulak. Tak kan nak tinggai buat dek je kan? Tak sopan pulak..so layan jela..
Hukhuk..melepas daging kambeng tu..dh la my fav.


Time dok sembang-sembang tu adik ieja and kawan-kawan dia bz..Bz jd 
photographer..hahaha.. Lawak tengok keletah diorang. Ada yang macam pemberita tv3 time kt outdoor location je.. Ada yang macam model kerusi pon ada..pusing situ sini atas kerusi tu..
Tapi pape pon yang paling best gambar diorang ramai-ramai.. Teringat pulak kawan time kecik-kecik dulu.
Tapi sekarang semua dah bz kan? So, jarang la contact..But anyway thanks to Facebook 
dapat keep in touch dengan diorang lagi.


Okay ni lagi gambar bebudak tu..=D




pandai je posing..hahaha

ok sudah la ye dengan pic diorang karang enuh entri ni dengan pic diorang je. 
By the way kali ni agak hairan la pic ieja tak banyak.Hahaha. Kalau kawan yang kenal ieja mesti akan hairan. Sebab ieja ni suka amek gambar.Okay memang la tak comel pon.Hahaha
tapi gambarkan boleh rakam memori-memori kita, kan?






Sweet Couple..InsyaALLAH FOREVER


Jjang..jeng..jeng..ok apa yang hampa akan fikir kalau nampak tajuk atas ni?
Ieja dengan bf ieja ke? Sweet macam mana lah tu? Betul ke forever ni? 
Ala.. tengah-tengah syiok bercintun ni memang la forever la tarever la..
Betul ke ni soalan yang terlintas kat minda korang? Ish3..hahaha..ok saya single mingle lagi..
takdela ni ieja nak cerita pasal apa yang ieja nampak masa pegi jalan-jalan hari tu.
Ok this thing that i got to see was on the last day there in Perak.


Masa tu abah ieja bawak pegi dekat jeti lumut tu.Nak beli ikan bilis katanya.
Tapi before tu kitorang gi makan la dulu. Lepas habis makan ieja nak lintas jalan.
p/s: bukan berani pon abah ieja la tlg lintaskan..heee


Then ieja nampak satu couple ni sweet sangat. Jalan berpegangan tangan lagi.
Mesti korang cakap, ape yang sweet sangat? Dah biase la tengok couple pegang-pegang tangan ni..kan? Kalau betul korang fikir macam tu. Sini ieja nak cakap kenapa ieja rasa sweet sangat.
It's because this couple is a makcik and pakcik and they are Malays.
Ieja rasa umor diorang maybe dalam 55+ . Sweetkan?
Bukan senang nak tengok pakcik makcik pegang tangan macam tu bila dah tua.
Orang Melayu lagi la susah. =.='
Orang kita ni pelik sikit. Time tak kawin laki berkepit kalah ape lagi.
Tapi bila dah kawin. Jalan nak pi shopping pon jarak dekat sebatu.
Tapi try kita tengok nenek and atok mat saleh. 
Diorang sampai dah ada cucu pon sweet-sweet lagi.
Dah la suami kalau pegang tangan isteri tu boleh gugurkan dosa. Tak nak la pulak. Haila..




tiru macam saya..heee..=D




May ALLAH bless all of us..=)

CONVOI to Teluk Senangin..stories behind it.. =D part 1

..Assalamualaikum..
Sawadhikha

Hari ni ieja nak cerita apa yang ieja dapat time ieja g jalan2 ngn abh ieja n adik2 ieja kat 
Teluk Senangin, Perak. ieja baru sampai pukul 3 tadi kat umah.. =D
Kitaorang convoi dari penang..kakitangan BERNAS tempat abah ieja keja tu.

BAKALAN SEMPATKAH NANTI?

On the way there ieja dok pandang la keluar tingkap kereta. Tenang. 


thanx to pakcik google
Bukit-bukit menyapa pandangan mata. Hijau. Like it.

BUT. Suddenly the view was replaced with this

.
keluar satu keluhan dari mulut ieja. Hampa.
masih ramai manusia kat dunia ni pentingkan duit semata-mata. 
Tak fikir their act will bring disaster to us all. Most of these happen b'coz of illegal logging.
So ieja wonder if our younger generation will be able to experience the nature just like us.


"Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf." 

(al-Rum:41)

KEINDAHAN CIPTAAN ILAHI




cantik kan?view dari balcony chalet.

atas ni gambaq ieja amek dari balcony chalet yag ieja dok tu.
De' Idaman Chalet. kami sampai petang dalam pukul satu macam tu. 
Maybe sekali dengan package ade la lunch. 
Nasi Briani n lauk ayam masak merah, papadom n acar.Sedap2.
Dalam pukul 2 lebih macam tu adik2 ieja dah pakat kalot nak p mandi laut.
Mentang2 ada geng sama umoq. So, depa pi jela. Ieja wat apa? MEMBUTA.
Hahahahaha. *penat kot*

Pukul 5.20 lepas asar semua dah baru ieja turun gi join. Tapi x mandi la. Tengok je bebudak tu n
Pakat cari remis. Start ieja. Terus bebudak tu ikot.
Actually, time ieja dok mencari to depa dah kena halau pi naik mandi dah. 
Macam mana ntah dowg datang balik. Tapi dah mandi elok la.
And ieja belajar cara nak cari remis.

Remis ni lepas dibawa air pasang dia akan direct gali lubang masuk dalam tanah. 
So, nak taw kat mana lubang tu kita pi and step kt mna2 pasir dekat gigi air tu.
Slide kaki ke tepi sikit so pasir tu akan nmpak macam kering after done that 
kalau nmpak ada lubang kecik try korek..mesti remis ada.
Cara lain yang senang korang bawak je penapis bila ombak datang tu tahan la air tu.
InsyaAllah ada.

dapat seperiuk jugak la

ni pic adk ieja dok main air ngn geng2 dia

ni lagi pic diorang

ok la dah panjang sangat dah ni..kita sambung ke next entri la ye?

To be continued...hahaha




Kalau SEDIH Nak Buat ape ye?

..Assalamualaikum..
..Konichiwa..
^kali ni ter'influence' japanese plak hehe..dok tgk "akai ito" drama jepun^

Hari ni ieja sedih sebab tu entri kali pasal kalau kita sedih nak buat apa ya?
1st of all biaq ieja cita dulu kenapa ieja sedih hari ni.

pernah tak rasa you're existance never ever wanted..?
here's the situation..

ieja baru sampai dari perlis..sampai ke rumah tok kat paya keladi,penang ni.tok sebelah abah.
the only one left.sebelah mak dua2 dh xde. B'coz of certain circumstances i'm here with my youngest sister.
ok kita sambung balik.
Elok je ieja sampai terus ieja masuk ikot pintu depan. 
Sambil angkat barang2 adik ieja yang 3rd pon ada time tu. Hostel. cuti.
Masuk. Nampak tok tengok tv. Bagi salam. Salam tok. 
" tok sehat?"
....
no reply.
ieja pon xpela dah biasa macam tu.
ieja bawak lagi barang2 dari kereta masok dalam rumah.straight bawak naik atas.
ieja perasan tok dok tengok ieja pi balik pi balik angkat barang..
and lastly tok bersuara..
"hampa ni dok pi mengaji ka buat apa.barang banyak dok buat semak ja.pi tak lama mana pon barang ja banyak".

At that moment, ieja rasa air mata ieja nak menitis ja.
ieja balik tak dialu-alukan pon.
That's why ieja tak kisah kalau jarang balik pon.
Maybe ada orang akan kata ieja sensitif lebih.
tapi sapa yang faham kita kalau dia tak rasa sendiri kan?
Hari ni pulak ieja tolong tok masak.

Time tu tok dok tengah buat apa tak taw ieja x engat. ieja tanya.
"tok udang ni nak buat masak apa"
lastly i'm being scolded..=)
SEDIH
tapi sapa la yang ada pon kat rumah ni kalau ieja nak cerita.
ieja boleh ja nak masih sendiri tapi sebab tok ada kena tanya dulu kalau nak buat apa pon.
Tadi nak blend cili + bawang + serai untuk sambal udang tu..

ieja tnya la tok serai tu nak racik halus2 ke.
coz klu ikotnye hiris biasa2 pon ok jpg nak blend jgk.
tok cakap yela dok buat kasar2 bukannya nak bagi makan lembu kambing.
so sekarang korang tau kan kenapa ieja suka lagi dengan kawan2. 

so incik belog..thanx for your existance ieja boleh cerita kat incik belog. 
byk je yang ieja dah kena. tapi ieja heran kenapa kat adik beradik ieja yang lain tok ok ja.
mungkin ada yang cakap tok tegur untuk kebaikan ieja.
TAPI..

susah ke nak cakap elok2.bukannye ieja x dgr klu ckp elok2.kenapa kena tengking ieja.
tok kak ieja dah buat salah apa kat tok sampai tok tak suka kak ieja macam ni.
time kecik2 dulu kak ieja selalu susahkan tok ke?


u can see my face smiling..but u didn't know that my heart crying..
but i always know ALLAH is there for me.
anytime.anywhere.no limitations.





يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Mankind there has come to you a guidance from your Lord and a healing for (the diseases) in your hearts, and for those who believe a guidance and a mercy. 
(Yunus, 10:57)
  

May ALLAH bless..


 
Nothing and Everything Blog Design by Ipietoon