..Assalamualaikum..
.Annyeonghaseyo.
Apa khabar semua? sihat? ieja Alhamdulillah..sihat.
Korang da baca entri ieja yang lepas tu? Yang ni..my GIRLFRIENDS..
Okay dalam tu ieja ada cakap ieja masak bok choy hailam with udang kan?
Haa..so hari ni ieja nak share resepi tu dengan korang semua.Okay?
Takde la sedap sangat ieja masak ni tapi kitorang memang suka la.
SPECIAL untuk ayu.=D
BAHAN-BAHAN:-
--> 4 pokok Bok choy (sederhana)
--> 12 ekor udang (sederhana)
--> 1 mayang bawang besar
--> 3 ulas bawang putih
--> 5 sudu besar sos tiram
--> sedikit kicap manis
--> 1 sudu makan tepung jagung
--> 1 1/2 cawan air
--> 3 biji cili padi (dibelah tengah)
ARAHAN:-
1. Bersihkan bok choy daripada pasir dicelah-celah batangnya. Bersihkan udang dan toskan.
2. Hiris bawang besar dan bawang putih untuk ditumis.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
4. Didihkan air di dalam periuk lain. Celurkan bok choy tadi. Hanya sebentar jangan sampai bok choy lembik. Angkat dan toskan.
5. Tuangkan sos tiram sambil dikacau rata. Masukkan air secawan dahulu. Jika mahu lebihkan kuah boleh ditambah sehingga habis.
6. Masukkan 1 sudu tepung jagung untuk pekatkan kuah sedikit. Tambahkan juga cili padi yang dibelah tengah tadi ke dalam kuah.
7. Masukkan udang tadi. Rasa jika ada terkurang manis atau masin.
Jika kurang manis tambahkan kicap manis.
Jika kurang manis tambahkan kicap manis.
8.Tunggu sehingga udang masak kemerah-merahan.
9. Padamkan api dapur. Masukkan bok choy yang dicelur tadi dan di kacau rata untuk menyerap rasa kuah tadi.
10. Hidangkan.
NOTE:-
# Tepung jagung untuk pekatkan kuah.
# Cili padi untuk menambah sedikit rasa pedas. (Optional)
# Air yang keluar daripada udang akan menambah perisa manis semulajadi
# Sos tiram sememangnya sedia ada masin.
Selamat Mencuba!!!
may ALLAH bless all of us..ALWAYS..
wah3.nmpk sdapnya :D t ieja msak kat ayu tao.hehe
ReplyDeletehahaha..buleh2..insyaALLLAH..=D
ReplyDelete