Ujian tanda ALLAH sayang..kan?

..Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH masih mengizinkan ieja bernyawa. 

Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa entri ieja kali ni lepas ieja bagi salam takde la pulak greetings dalam bahase lain? 
Bukannye hari-hari lain ieja x bersyukur just kali ni ieja sangat-sangatlah bersyukur..
Kenape?
ALLAH dah panjangkan umur ieja untuk hidup kat bumi ciptaan-Nya..
Masih pemurah setelah banyak ieja buat dosa sepanjang hidup ieja ni..Masih beri ieja
kesempatan untuk bertaqwa kepada-Nya..

..Something happened..
Ujian untuk ieja sekeluarga. ALLAH tarik nikmat yang sementara cuma.
Ieja redha. Alhamdulillah semua selamat.
Ape yang jadi?
Kebakaran.. 
Rumah tok ieja yang ieja and family tinggal tu hanya tinggal kenangan.
Takde ape yang selamat kecuali ieja dan tok yang ada time kejadian tu.

Time tu dalam lebih kurang pukul 2.30 petang la. Ieja engatkan nak tido kejap.
Ieja ade kat ruang tamu tido atas sofa. 
Tetiba ieja ade dengar bunyi macam mercun bola kat bahagian atas rumah.
 Kuat. Meletop-letop.
Tapi ieja buat tak tau je coz ieja engatkan ade bebudak main mercun bola kat luar rumah.
Coz memang ramai bebudak suke main mercun kat situ even siang-siang hari.
Lama-lama bunyi tu makin banyak kali n kuat.

Lastly.. 
ieja ade dengar bunyik macam kayu jatuh kat atas.
Time tu bila ieja pusing je belakang tengok-tengok bahagian atas rumah dah berasap-asap.
Yang peliknye xde bau terbakar ke ape.
Ieja terus lari bawak beg tangan ieja yang selalu ieja bawak tu keluar.
Ieja masuk balik tapi tak tau nak buat ape..Memang panic sangat time tu.
Ieja try call abah ieja guna phone rumah. Tapi maybe sebab wiring dia dah terbakar tak boleh la connect.

Ieja keluar gi rumah jiran mintak pinjam phone.
Diorang tolong call bomba.
Ieja call abah. Tetiba ieja dengar jiran ieja tanye..tok kat mane?
Ieja cakap..bukan dekat rumah tok lang ke?
(rumah jiran yg lagi sebelah)

Diorang cakap tok ieja ade kat dapor rumah.
Time tu lagi la ieja bertambah-tambah panic.. 
Ieja panggil tok suruh tok keluar coz ieja tak berani masuk api dah marak sangat.
Memula tu tok memang tak nak keluar dok cari barang-barang lagi.
Ieja dah terjerit-jerit kat luar nak menangis.
Lastly tok ieja gerak jugak ke pintu.
Ieja pon ape lagi bawak la tok keluar..

Kereta pon habis api tu makan.
Memang sehelai sepinggang jela..Tapi Alhamdulillah ramai yang tolong.
Ieja betul-betul bersyukur bukan adik ieja yang tido time tu.
Kalau tak..tak tau la jadi ape.

Ok ni ieja letak some of the picture..

1. Disebelah sana dinding ni la sofa tmpt ieja tdo tu..
& Nampak tak kertas-kertas putih tu? Tu la buku-buku ieja.



2. Bhg atas ni ieja dengar bunyi meletup 


3. Ni pintu dapur..ke kanan dapur ke kiri ruang tamu


4. Time api dah sampai sini ieja x berani masuk
5. Api hampir ke tangga


6. Tok kat dapur ni la


7. Kereta pon hangus


8. Beranda dah arwah


9. Garaj / penyidai sekali


10. Picture keseluruhan


So, ape pandangan korang dengan kejadian ni? 
Ieja bersyukur ALLAH masih sudi bagi ujian untuk ieja untuk ingatkan semua ni milik-Nya.
ALLAH uji kami satu family tandanya ALLAH masih sayang kami kan?
InsyaALLAH ada hikmah atas semua yang berlaku ni.
Mungkin ini satu cara ALLAH menduga di atas segala dosa-dosa yang ieja pernah lakukan.




Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, 
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui ALLAH tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.

(Al-Ankabut:2-3)



Apa-apa pon ieja appreciate sangat kawan-kawan yang ambil berat.
Bagi kata-kata semangat untuk comfort ieja. Thanx a lot.
Doakan ieja dan family ye?
Alhamdulillah kami semua tinggal di rumah yang abah ieja rancang nak pindah tu. 
Hari ni dah masuk electric. Alhamdulillah.


By the way sesape yang dah bace metro or sinar yang ade citer sal kebakaran ni jangan caye k? 
Takdenye ieja g dukung tok ieja ke ape. Tok ieja ade kat dapur diorang cakap dok kat atas. Dan semua yang konon ieja cakap tu ieja tak cakap pon. Ieja cerita kat reporter tu macam mana ieja cerita kat korang la. So jangan dok proud of me la sangat ok? Are we clear now?
And lagi satu sejak bile ieja ade abang??



Moral: Jangan percaya media bulat-bulat semua cerita untuk sedapkan berita.


May ALLAH bless all of us..=)






0 orang berceloteh:

Post a Comment

 
Nothing and Everything Blog Design by Ipietoon