Kemeriahan vs Kesedihan PRU-13



..Assalamualaikum..

Salam ditengah malam yang sunyi dan hujan.

Jam dah menunjukkan lebih 3.40 pagi.
Menandakan telah masuknya hari yang dinantikan
oleh semua rakyat Malaysia.

Beberapa jam sahaja lagi 
rakyat Malaysia akan melalui proses membuang undi.

Sejak menjejakkan kaki ke kawasan rumah dari semalam
hingga ke sebelum tengah malam tadi ieja dapat
rasakan kemeriahan PRU pada kali ini.

Mungkin sebab ieja pun dah mengerti serba sedikit mengenai politik.
Dah boleh membayangkan kesan PRU pada masa depan semua.

Meriah bendera2 setiap parti di kiri kanan jalan.
Sama ada dipacak digantung dan ada yang dibuat replika.
Kreatif betul anak muda sekarang.






Petang tadi riuh di kawasan rumah ieja dengan flash mob.
Dengan laungannya. Dengan honnya. Meriah.
Dapat dilihat betapa anak2 muda sangat mengambil berat.


Disebalik kemeriahan itu terselit sedikit kisah pilu.
Dimana anak2 muda yang mengadakan flash mob diserang dan dipukul.
ieja tak bermaksud nak sebelahkan mana2 parti.


ini bukan flash mob tapi kejadian di penang


anda bijak nilailah..ini sebahagian.pihak yang sebelah lagi tiada pic

Wakil yang membawa kebenaran itu tujuan ieja.
Datanglah anda dari mana2 parti pun.
Jika anda seorang pemimpin yang layak.
Akan ieja pilih anda.


Ok dah melalut. Back to those yang kena pukul.

Mohon berkempenlah dengan aman.
Baik dari kerajaan mahu pembangkang.
No violence between brothers.

Yang paling sedihnya saling memukul itu pula 
dari bangsa dan agama yang sama.

Dan satu lagi if orang buat jahat dengan kita tak perlulah dibalas.
Tak akan ke mana.
Berdoalah kepada ALLAH agar yang ditindas mendapat keadilan.

Yang berkempen melalui laman sesawang.
Jagalah tutur kata anda.
Katanya memilih ulamak.
Herdikan cacian masih dijadikan makanan ruji. Selarikah?


Apa kata contohi ulamak itu.
Mungkin akan ada yang berkata, 
"tak geram ke? tak marah ke apa yang orang buat."


“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".”
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 155-156)

Ya, kalau nak tahu ieja pon bukan seorang yang pandai mengawal emosi.
Jadi untuk mengelakkan keluarnya nyanyian yang lunak
dari mulut kita.
Ieja nasihatkan agar 
janganlah dibaca komen2 yang tidak memberansangkan itu.


Istighfar dan selawat itu lebih baik =)



Surah Ali’ Imran, Ayat 120


Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan.
Jadi untuk semua pengundi..
Undilah wakil yang anda fikir dan pertimbangkan
kelayakan mereka untuk memimpin di dunia & untuk saham akhirat.
Jangan hanya pandang pada parti.
InsyaALLAH..


Ya ALLAH semoga keputusan yang 
engkau berikan kepada kami adalah yang terbaik.

Dan aku mohon Ya ALLAH berikanlah kesembuhan kepada saudara kami
ezzat nor azam engkau berilah yang terbaik padanya. Ameen.


Semoga ALLAH berkati kamu sahabat =')



p/s: selawat & bismillah sebelum buang undi =)

May ALLAH bless us..now n HEREAFTER

0 orang berceloteh:

Post a Comment

 
Nothing and Everything Blog Design by Ipietoon