Untuk AYU ku sayang..hehe

..Assalamualaikum..
.Annyeonghaseyo.
Apa khabar semua? sihat? ieja Alhamdulillah..sihat.

Korang da baca entri ieja yang lepas tu? Yang ni..my GIRLFRIENDS..
Okay dalam tu ieja ada cakap ieja masak bok choy hailam with udang kan?

Haa..so hari ni ieja nak share resepi tu dengan korang semua.Okay?
Takde la sedap sangat ieja masak ni tapi kitorang memang suka la.
SPECIAL untuk ayu.=D






pic nmpk xsedap le..


BAHAN-BAHAN:-

--> 4 pokok Bok choy (sederhana)
--> 12 ekor udang (sederhana)
--> 1 mayang bawang besar
--> 3 ulas bawang putih
--> 5 sudu besar sos tiram 
--> sedikit kicap manis
--> 1 sudu makan tepung jagung
--> 1 1/2 cawan air
--> 3 biji cili padi (dibelah tengah)


ARAHAN:-

1. Bersihkan bok choy daripada pasir dicelah-celah batangnya. Bersihkan udang dan toskan.

2. Hiris bawang besar dan bawang putih untuk ditumis.

3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. 

4. Didihkan air di dalam periuk lain. Celurkan bok choy tadi. Hanya sebentar jangan sampai bok choy     lembik. Angkat dan toskan.

5. Tuangkan sos tiram sambil dikacau rata. Masukkan air secawan dahulu. Jika mahu lebihkan kuah boleh       ditambah sehingga habis.

6. Masukkan 1 sudu tepung jagung untuk pekatkan kuah sedikit. Tambahkan juga cili padi yang dibelah tengah tadi ke dalam kuah.

7. Masukkan udang tadi. Rasa jika ada terkurang manis atau masin.
   Jika kurang manis tambahkan kicap manis.

8.Tunggu sehingga udang masak kemerah-merahan.

9. Padamkan api dapur. Masukkan bok choy yang dicelur tadi dan di kacau rata untuk menyerap rasa kuah tadi.

10. Hidangkan.


NOTE:-

# Tepung jagung untuk pekatkan kuah.
# Cili padi untuk menambah sedikit rasa pedas. (Optional)
# Air yang keluar daripada udang akan menambah perisa manis semulajadi
# Sos tiram sememangnya sedia ada masin.




























               









Selamat Mencuba!!!

may ALLAH bless all of us..ALWAYS..











SUKA HATI..Heee..

..Assalamualaikum..
..Sawadhikha..


..Alhamdulillah..
kenyang..hahaha..
Hobi ieja memang makan pon..wahahaha.

Hari selasa lepas cousin ieja yang nurse tu bawak ieja and
lagi sorang cousin si Farzana yang baru habis form 5 tu pegi makan-makan.

Murah hati betul. Moga ALLAH berkati dia. Amin.
Baru 1st month salary mungkin nak rai dengan cousins. Jadi nurse kat Island Hospital.

Kitorang pegi makan dekat restoran Al-Araby  yang ada dalam Tesco Seberang Jaya tu.
klik sini untuk menu & harga!!
Sedap woo..harga pon sedap..Hahaha..Orang belanja tu yang best.

Korang tahu jela harga dia memang best. Tapi ieja rasa berbaloi la coz makanan Arab kan serve in a large quantity. Kitorang yang tak tahu ni pegi la pesan sorang sepinggan.

Sekali order dah datang..hambik kau..
makan-makan jangan tak makan. =P

By the lupe pulak cakap. Kak nurul ade bawak kawan dia same.
Kak Syikin and kak Faizah.Baik je.huhu.

Malam tu ieja pesan Lamb Mandy sebab ieja memang suke kambing.
Kawan ieja tu..Hahak..*gediks pulok*

For drinks ieja order Arabian Mint Tea.
Engatkan x sedap coz bau dia lain siket. Tapi sedap2..Ieja suka..wangi.


Okay kat pic kat atas ni makanan ieja. Kuah tu macam kuah dalca pon ade.
Yang macam masak hitam siket tu daging masak 
dengan special spices diorang 1 set dengan Lamb Mandy la.. 
And a mug of Arabian mint Tea.



Haa..yang ni pulak kak Nurul order. Chicken Mandy. 
Sama je macam mneu ieja just takde lamb berempah tu la.
Minum pulak air jus dalam tin tu tapi tuang dalam gelas ade ais la.
Rani Three Jewels. Mix fruits pisang nenas and peach.



Lapo tak tengok?Hehehe..Ini menu yang dipilih by my cousin, Farzana.
Chicken Briyani and her drinks is Rani Guava.



Kak Faizah's choice..
if not mistaken it is called Chicken Grilled Salad.
Drinks..imported from UAE..BARBICAN malt flavor.


this is BARBICAN..



This one untuk Kak Syikin..amek appetizer je..Kebab daging.
Minum x sure..Dah la kecik je..Makan siket pulak. 
(Ko engat orang lain macam ko ke..badan kecik makan macam dinosour =.=')



   
Bila kenyang ini la results nya..hahaha.Korang tekejut x?
Kan ieja dah cakap ieja makan macam dinosour.Hahaha..

My cousins tak habes pon makan. 
Kak Syikin yang order appetizer tu je pon makan berape keping je.

Kak Faizah and ieja je habes..hehehe..bangga-bangga.
Sape cakap orang kecik makan siket?Muahahaha..

Okay bawah ni pic kitorang yang lain-lain..Hee..


Kak Nurul & Ieja <3


Farzana & Kak Syikin =D


Kak Syikin, Kak Nurul & Kak Faizah..=D


Ni last pic kat lambang al-Araby tu tapi xnmpk..
akak yang amek pic to concern lagi dengan kaki kami..Hahahaha..

Okay itu la event ieja selasa malam hari tu.
Perut ku senang hati. Kenyang.Terima kasih ya ALLAH atas rezeki tu.
Thanx to kak Nurul jugak banyak duit dia keluar.Hee..
InsyaALLAH nanti kalau zaza dah keja zaza treat kak Nurul pulak ye?



may ALLAH bless all of us..=D











SENTAP je.

..Assalamualaikum..
..Hello..

Sentap. 
Korang tahu tak kenape sekarang ramai orang suka cakap 'sentap' tu and what it is refer to?
Sentap tu macam tacing boleh and terkejut pon ye.
Macam di tarik ke realiti pon yela. Ok yang tu yang ieja faham. Korang?

Kenape ieja cakap sal sentap?Hahaha.
Macam tak relevan ye nak buat entri?

Tak..bout half and hour before ieja start to write this entry..
Ade sorang senior yang ieja boleh cakap rapat jugak la.
Coz boleh melawak semua.

He send a message through my facebook chatbox.
Maybe all of you will said I'm just overly sensitive.

He said this..

" Salam. Solat ! . Pa nk jadi neh. "

so ieja cakap

" Pukul 8 solat ape? "


And it does make me 'sentap'
Hahaha.

I said to him don't speak like I didn't solat.
then, he does ask for my apology and said he's just joking.
I said it's ok.

Maybe he thought it was a joke.
For me? 

It's NOT.

Maybe it wasn't a right time.
And not a good topic either.

I'm the one that is so friendly.
You can said or joke with me about anything.

But please do remember this

I can be SCARY enough if it is about my..

Religion and obligation towards It.
Family
Friends
and everyone that I love.

At that moment you will really regret to mess up with me.

By the way it's SOLAT.
My obligation.

Though sometimes I've missed my SUBUH 
because of stayed up too late.

I am NO PERFECT.
and so do you.


" Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman."
( An-Nisaa':103)


" Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah beriman hendaklah kamu mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan sebelum datang hari Kiamat yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan. " 
(Ibrahim:31)


" Dan perintahkanlah kepada ahli keluargamu supaya mengerjakan solat dan bersabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Thahaa: 132)



By the way thanx engatkan ieja. =D




my GIRLFRIENDS..

..Assalamualaikum..
..Annyeong..

How are you today? Sihat? Macam mane pulak mood korang? Ieja? Best sesangat coz hari ni kawan-kawan sekolah menengah ieja datang. Rather just my friends I should refer them as my bestfriends.
I have 10. But only five that came. It's already can cheer me up.

So, ieja ingat ieja nak masak something special to them.
*I don't know if my cooking today can considered as special. Hehehe.

Hmm..First menu have been decided since last night. Apa menu tu? Hahaha.
Simple je tapi ieja suka. Daging black paper. Tahu tak? 

Second, sup tulang and air asam. Pagi tadi abah ieja bawak balik daging and tulang.
Daging tu untuk masak black pepper la. Sup tulang tu abah la rancang. 

Lastly, bok choy hailam with udang.
Okay yang ni pon menu yang rancang dari malam semalam jugak.
Tapi ieja buat tadi tak pekat sangat coz xde tepung jagung. 
Tapi xpela kot ye.Hehehe.

Tak tahu la sedap ke tak semua yang ieja masak ni.
Hopefully boleh la masuk tekak diorang kan?
Seronok tengok hurul pulun daging black pepper tu.Hahahaa.
Okay meh ieja nak cerita pasal kawan-kawan ieja pulak.
Yang datang tadi..

Nurhanisah Alias (cah/kak cah), Hurul Aini Abdul Rahman (hurul/hur/kak hur), 
Nur Farina Mohd Fozi (far/farina/na/kak far), Nor Amanina Abdul Rahman (nina/na), 
Nur Fadhli Syakirah Mohd Fauzi (iera/ra).

Okay susunan ni random okay yang mana first ke last tak kira.Semua ieja sayang.
Toksah dok tacing-tacing.


susunan pic dari start from ieja and the last person in blue scarf :-
ieja,iera,hurul,nina,farina & cah.

Tadi dalam pukul 9.30 pagi ieja dah siap-siap prepare nak masak semua coz diorang rancang nak datang dalam pukul 10. Tapi pukul 10.40 baru sampai. 
Sempat la siap masak daging black pepper tu and rebus tulang. 
Tapi tulang tu tak siap lagi la time diorang datang sebab ieja tak guna pressure cooker so it took quite long.

Sementara nak tunggu pastu nak masak bok choy tu sempat la sembang-sembang and gosip-gosip.
Lama kot tak jumpa. Dah semua selalu bukan cuti sama.
Ada dok matrix, asasi and diploma uitm macam ieja.

tekun sungguh..hahaha


Macam-macam kitorang cerita.
Then sempat stalked orang lagi. Hahaha.
Memang gelak pecah perut la. Memang tak leyh blah.
Okay kat FB ye bukan personally.

Pastu habes makan tu cah kena rushing balik 
coz nak bawak adik die pegi beli barang nak masuk u.
So dalam pukul 1.15 petang tu ieja join sekali diorang naik kereta cah pegi ke rumah hurul. 

Dok kat rumah hurul sampai la petang tadi.
Then iera hantar balik.

Ieja betul-betul seronok diorang datang hari ni.
Sayang betul dora the explorer tak boleh datang. Hehehe
Ada driving class katanya.


Kalau boleh ieja hope kitorang boleh gather complete 10 orang.
InsyaALLAH.

Hope diorang tak serik la nak datang rumah ieja kalau ieja masak tak sedap. 
Hahahaha..
Sila datang lagi. Okay?


p/s: thanx weyh.best gila hampa mai hari ni.thanx hurul bagi ak gelak sampai nak semput.
      SAYANG hampa.

#Pic tak letak lagi reader pi mana tataw.Hehehe.nanti view lain ye?


May ALLAH bless all of us always..=D




makes me SMILE anyway..

..Assalamualaikum..
..Konichiwa..

Korang semua pernah tak rasa mood korang yang tak baik time tu boleh terus bertukar jadi pelangi-pelangi kalau ada somebody ni like status korang kat FB?
ok FB jela dah ieja xpndai bertwitter

Rasa nak senyum sampai ke telinga je even dia balas comment kite kat status dia?
Macam nak jerit je kalau dia comment status kita?
Hahahahaha..lawakkan?



Ieja tak tau la kenapa ieja buat ni as my entri. =P

Pernah tak rasa macam that somebody doesn't even know that you're exist?
And that makes you feel really sad?
And when that somebody feels sad.. You actually can feel it too?

It doesn't take much to make me smile anyway.
But nobody to blame coz that somebody doesn't even know.

"Terkadang kita runsing memikirkan rasa hati kita keadaan kita dan apa sahaja yang menimpa kita.
Berharap seseorang itu akan cuba menegur atau bertanya. Tanpa kita sedari kita tidak mengendahkan seseorang yang sentiasa di sisi."
#sedihkalaudiriumpamabayangcuma








Kalau korang nak tau ni la status ieja kat FB bertarikh 13th May 2012.
sesapa yang pernah rasa macam ieja akan faham la. Hahahaha
Sori ye buat entry tacing-tacing pulak.
Saje je kali ni kite tacing-tacing ye.


So to sesape yang bace ni thanx la ye. Keje merapu je ieja ni.

May ALLAH bless all of us..=)









Ujian tanda ALLAH sayang..kan?

..Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH masih mengizinkan ieja bernyawa. 

Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa entri ieja kali ni lepas ieja bagi salam takde la pulak greetings dalam bahase lain? 
Bukannye hari-hari lain ieja x bersyukur just kali ni ieja sangat-sangatlah bersyukur..
Kenape?
ALLAH dah panjangkan umur ieja untuk hidup kat bumi ciptaan-Nya..
Masih pemurah setelah banyak ieja buat dosa sepanjang hidup ieja ni..Masih beri ieja
kesempatan untuk bertaqwa kepada-Nya..

..Something happened..
Ujian untuk ieja sekeluarga. ALLAH tarik nikmat yang sementara cuma.
Ieja redha. Alhamdulillah semua selamat.
Ape yang jadi?
Kebakaran.. 
Rumah tok ieja yang ieja and family tinggal tu hanya tinggal kenangan.
Takde ape yang selamat kecuali ieja dan tok yang ada time kejadian tu.

Time tu dalam lebih kurang pukul 2.30 petang la. Ieja engatkan nak tido kejap.
Ieja ade kat ruang tamu tido atas sofa. 
Tetiba ieja ade dengar bunyi macam mercun bola kat bahagian atas rumah.
 Kuat. Meletop-letop.
Tapi ieja buat tak tau je coz ieja engatkan ade bebudak main mercun bola kat luar rumah.
Coz memang ramai bebudak suke main mercun kat situ even siang-siang hari.
Lama-lama bunyi tu makin banyak kali n kuat.

Lastly.. 
ieja ade dengar bunyik macam kayu jatuh kat atas.
Time tu bila ieja pusing je belakang tengok-tengok bahagian atas rumah dah berasap-asap.
Yang peliknye xde bau terbakar ke ape.
Ieja terus lari bawak beg tangan ieja yang selalu ieja bawak tu keluar.
Ieja masuk balik tapi tak tau nak buat ape..Memang panic sangat time tu.
Ieja try call abah ieja guna phone rumah. Tapi maybe sebab wiring dia dah terbakar tak boleh la connect.

Ieja keluar gi rumah jiran mintak pinjam phone.
Diorang tolong call bomba.
Ieja call abah. Tetiba ieja dengar jiran ieja tanye..tok kat mane?
Ieja cakap..bukan dekat rumah tok lang ke?
(rumah jiran yg lagi sebelah)

Diorang cakap tok ieja ade kat dapor rumah.
Time tu lagi la ieja bertambah-tambah panic.. 
Ieja panggil tok suruh tok keluar coz ieja tak berani masuk api dah marak sangat.
Memula tu tok memang tak nak keluar dok cari barang-barang lagi.
Ieja dah terjerit-jerit kat luar nak menangis.
Lastly tok ieja gerak jugak ke pintu.
Ieja pon ape lagi bawak la tok keluar..

Kereta pon habis api tu makan.
Memang sehelai sepinggang jela..Tapi Alhamdulillah ramai yang tolong.
Ieja betul-betul bersyukur bukan adik ieja yang tido time tu.
Kalau tak..tak tau la jadi ape.

Ok ni ieja letak some of the picture..

1. Disebelah sana dinding ni la sofa tmpt ieja tdo tu..
& Nampak tak kertas-kertas putih tu? Tu la buku-buku ieja.



2. Bhg atas ni ieja dengar bunyi meletup 


3. Ni pintu dapur..ke kanan dapur ke kiri ruang tamu


4. Time api dah sampai sini ieja x berani masuk
5. Api hampir ke tangga


6. Tok kat dapur ni la


7. Kereta pon hangus


8. Beranda dah arwah


9. Garaj / penyidai sekali


10. Picture keseluruhan


So, ape pandangan korang dengan kejadian ni? 
Ieja bersyukur ALLAH masih sudi bagi ujian untuk ieja untuk ingatkan semua ni milik-Nya.
ALLAH uji kami satu family tandanya ALLAH masih sayang kami kan?
InsyaALLAH ada hikmah atas semua yang berlaku ni.
Mungkin ini satu cara ALLAH menduga di atas segala dosa-dosa yang ieja pernah lakukan.




Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, 
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui ALLAH tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.

(Al-Ankabut:2-3)



Apa-apa pon ieja appreciate sangat kawan-kawan yang ambil berat.
Bagi kata-kata semangat untuk comfort ieja. Thanx a lot.
Doakan ieja dan family ye?
Alhamdulillah kami semua tinggal di rumah yang abah ieja rancang nak pindah tu. 
Hari ni dah masuk electric. Alhamdulillah.


By the way sesape yang dah bace metro or sinar yang ade citer sal kebakaran ni jangan caye k? 
Takdenye ieja g dukung tok ieja ke ape. Tok ieja ade kat dapur diorang cakap dok kat atas. Dan semua yang konon ieja cakap tu ieja tak cakap pon. Ieja cerita kat reporter tu macam mana ieja cerita kat korang la. So jangan dok proud of me la sangat ok? Are we clear now?
And lagi satu sejak bile ieja ade abang??



Moral: Jangan percaya media bulat-bulat semua cerita untuk sedapkan berita.


May ALLAH bless all of us..=)






 
Nothing and Everything Blog Design by Ipietoon