Assalamualaikum.
Hadir lagi.
Acap kali hadirkan diri ke sini kebelakangan ini.
Mungkin banyak yang tersimpan dihati.
.....
Ujian.
Mana bisa berlari dari satu itu
saat masih mengendong tanggungjawab sebagai hambaNya.
Di sini segala kata aku ingin sampaikan buat kamu.
dan
aku sendiri.
Sebolehnya semua agar dapat di renung semula.
.....
Aku lihat kau makin lemah.
Tak berdaya menanggung derita sedih dijiwa.
Tiada penawar.
Tiada ubat.
Tiada apa.
Hanya ini dapat aku berikan buat kamu.
Barisan kata tulus dari hatiku.
Agar kau bisa berhenti merenung masa lalu.
berhenti menyiksa jiwamu itu.
.....
Masih aku ingat setiap tutur bicara.
Tegap.
Yakin.
Tegas.
Di mana dia.
Aku pasti kau sendiri tertanya.
.....
Pernah kau terduga kenapa semua ini berlaku?
Bertubi soalan menjengah ke benak?
Pernahkah?
Dibawah ini untuk renungan aku, kau, kita dan semua.
Tahukah engkau
bahawa sebelum terhasilnya sebuah tembikar
yang terukir cantik,
licin tekstur tubuhnya,
yang utuh menahan jatuh
dia si tembikar terlebih dahulu dibakar?
Tidak pula sewenang wenangnya dilempar ke api marak pedih.
Semua mengikut keperluan
sudah diatur
masanya
suhunya
serba serbi teliti oleh pembuatnya.
.....
Serasa aku kamu sudah merungkai apa ingin aku sampaikan.
Ya,
seperti si tembikar
aku ibaratkan kita didunia ini.
Seperti sang api yang galak membakar
ujian itu aku umpamakan.
Hasilnya?
Tidak pernah mengecewakan bukan?
Secantik, sehalus dan seutuh tembikar itu
aku contohkan kita setelah dilanda ujian.
Lebih baik.
Lebih elok.
Lebih berkualiti.
Setiap keperluan sang tembikar
masa
suhu
dan serba serbinya
aku umpamakan jenis ujian yang diberi
saat terbaiknya
tujuannya.
dari
Dia Sang Pencipta yang Maha Mengetahui.
.....
Ombak yang memukul pantai
merosak dinding rumahmu hari ini
Mungkin menjadi keperluan
buat menolak sampan kecilmu pada esok hari.
Percayalah bahawa semuanya mengikut kehendak Dia.
Hanya menjadi pemangkin semangat untuk hari hari mendatang.
Bukan tidak pernah mentitis sang mutiara berharga,
bukan tidak pernah rasa hibanya berduka,
bukan tidak pernah rasa luka kecewa.
Cuma aku masih percaya
ada sinar dihujung sana.
.....
Janganlah kau tertunduk sedih,
lemah jatuh bahumu.
Tetapi,
jangan pula kau mendongak tinggi
mendabik dada.
Lihatlah ke depan,
teguhkan langkahmu,
kuatkan jiwamu
jangan pernah kau ragu.
Aku, kami, mereka dan semua masih punya masa,
memapah, mendokong dan terus menyokong kembali jika pernah kau lemah.
Kau juga masih punya Dia buat penenang rasa.
.....
Maaf aku pohon kerana tidak bijak menyusun bicara.
tidak pandai bermadah pujangga
jika nukilan mengguris jiwa
jika nukilan mengguris jiwa
aku hanya gadis biasa
yang ingin melihat secoret senyuman di bibir mu sahaja.
.....
Tidak banyak yang aku pinta dari Dia Yang Maha Esa,
kembalikan senyuman buat semua kesayangan yang bertakhta dijiwa
agar semua sentiasa gembira.
agar semua sentiasa gembira.
.....
till then,
Assalamualaikum.
May ALLAH bless us.
Lots of love.
0 orang berceloteh:
Post a Comment